Music Bank

About Me

My photo
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Tuesday 5 June 2012



SANITASI SEMASA MEMASAK MAKANAN


 1. Gunakan penyepit, sudu atau garpu  untuk mengambil makanan

2.  Gunakan kain dapur yang bersih

Chopstik 
     * Kain pengesat: mengeringkan pinggan mangkuk dan kutleri

     * Kain jala: mengelap dapur dan meja

     * Kain maslin: menapis cecair seperti santan atau menutup makanan

     * Tuala tangan:  mengesat atau mengeringkan tangan






Tinta Mutiara

~Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya~

Sanitasi? Lets take about it guys~


Sanitasi Dalam Pengurusan Makanan

1. Sanitasi makanan ialah kawalan kebersihan dalam penyediaan makanan tidak mudah rosak, tercemar dan beracun

2. Sanitasi makanan perlu diutamakan dari peringkat penyediaan makanan sehingga  peringkat menghidang makanan

3.  Dapat dibahagikan kepada 3 peringkat:

            * Sebelum memasak makanan

            * Semasa memasak makanan

            * Selepas memasak makanan


 Sanitasi Sebelum Memasak Makanan

   a) Kuku mesti pendek

   b) Cuci tangan sebelum menyentuh makanan

   c) Rambut panjang harus diikat

   d) Pakai apron dan kep




Tinta Mutiara


~The truth may sometimes hurt for a moment, but the pain you experience from the lie can last forever~

Wednesday 16 May 2012

Selera Malaysia~






Heloooo~ Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit mengenai contoh masakan yang saban kali dinikmati oleh rakyat Malaysia. Sedap kan? :)






  
Contoh Masakan Ala Melayu



Contoh Masakan Ala Cina



Contoh Masakan Ala India





Contoh Masakan Ala Barat





Tinta Mutiara
~Umpamakan dirimu seperti pohon berbuah lebat, dibaling dengan batu, dibalas dengan buah~


Jom Belajar Etika Makan yang Betul~ ^^


Etika Makan.

Definisi:-
=> Merupakan peraturan atau tatacara yang baik atau adab sopan dan perlu diamalkan dimeja makan.


Adab Sopan yang perlu diamalkan dimeja makan:-

- Duduk dengan tegak ketika berada di meja makan.
- Siku mesti dirapatkan ke badan dan JANGAN letak di atas meja.
- Kaki harus dirapatkan.
- Napkin meja dibuka dan diletakkan diatas riba.
- Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum mula makan
- Mengambil makanan yang berdekatan dahulu.
- Jangan buka mulut semasa mengunyah makanan.
- Ambil makanan dengan cermat supaya tidak membazir
- Selepas makan, rapatkan  kulteri dan letakkan di atas pinggan.
- Mengacau minuman dengan perlahan. Tinggalkan sudunya di piring sebelum minum.
- Beredar bersama-sama dari meja selepas makan. Minta izin sekiranya perlu  meninggalkan meja makan lebih awal.


Di Malaysia, kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, setiap kaum mempunyai etka makan yang berbeza. Secara amnya, dinegara kita terdapat 4 jenis etika makan iaitu:-

:O Etika makan cara Melayu
:O Etika makan cara Cina
:O Etika makan cara India
:O Etika makan cara Barat


Etika makan cara Melayu:-
:l Duduk bersimpuh atau bersila.
:l Sebelum dan selepas makan haruslah mencuci tangan menggunakan kendi air
:l Membaca doa sebelum makan.
:l Menyuap makanan menggunakan hujung jari.
:l Mengambil lauk menggunakan tangan kiri.

Etika makan cara Cina:-
:l Mengambil lauk pauk menggunakan penyepit.
:l Nasi diisi kedalam mangkuk dan disuap kedalam mulut menggunakan penyepit.
:l Guna sudu untuk mengambil sup.
:l Sisa makanan diletak di tepi piring layan.


Etika makan cara India :-

:] Basuh tangan sebelum dan selepas makan menggunakan kendi air.
:] Daun pisang digunakan bagi menggantikan pinggan.
:] Lauk pauk dihidangkn menggunakan daun pisang.
:] Gunakan hujung jari untuk mengambil makanan.


Etika makan cara Barat :-

:] Pisau dan garfu digunakan untuk mekan dan mengambil makanan.
:] Tangan kanan memegang pisau manakala tangan kiri memegang garfu.
:] Selepas makan rapatkan pisau dan garfu dan letakkan ditepi pinggan.








Tinta Mutiara
~Tunjuk Menjadi Telaga Budi, Ajar Menjadi Penyuluh hati~

Sunday 13 May 2012

Penyediaan Dan Penyajian Makanan


Take a peep for a sec guys. I wanna to told u about "Penyediaan Dan Penyajian Makanan"

Hidangan Sepinggan Lengkap :-

:> merupakan hidangan yang seimbang dan mempunyai kandungan nutrient yang lengkap untuk tubuh badan.

:> boleh disaji sebagai hidangan utama atau snek.

:> dapat disaji sebagai peranggu meja atau makanan  berpaket.


Hidangan sepinggan lengkap dapat di sediakan dengan beberapa cara iaitu:

        :$ Cara Timur : Nasi goreng , Mee Goreng

        :$ Cara Barat : Burger, Pizza, Hotdog

        :$ Cara Budaya Setempat : Nasi Kerabu, Lontong, Laksa Penang





Alatan dan Kelengkapan Dapur.

Penggunaan  alatan dan kelengkapan dapur  yang sesuai akan memudahkan proses penyediaan dan penyajian makanan.

Alatan dan kelengkapapn dapur umumnya terbahagi kepada tiga:-
:/ Semasa penyediaan memeasak
;/ Semasa memasak.
:/ Semasa menghidang.


- Peringkat Penyediaan Memasak
 => Pada peringkat ini, alatan dan kelengkapan dapur digunakan untuk menyedia ramuan hidangan. misalnya, memotong cili, mengdaun tepung dan sebagainya. Alatan yang biasa digunakan termasuklah pisau, sudu, dan pinggan.

- Peringkat Memasak
=>  Pada peringkat ini, alatan dan kelengkapan alatan dapur digunakan untuk memasak bahan makanan. Contoh alatan yang digunakan ialah pengukus, kuali, periuk dan sudip.

- Peringkat Menghidang
=> Pada peringkat ini, alatan dan kelengkapan dapur digunakan untuk menghias dan menghidang makanan. alatan yang biasa digunakan ialah teko, mangkuk, cawan dan pinggan.

Tinta Mutiara
~Sabar penghilang penat, Tekun membawa berkat~





Saturday 12 May 2012

Jom Merancang Menu !


Annyonghaseyo~(mood korea pagi-pagi nieyh~)^^

Kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit berkaitan faktor yang harus dititik beratkan ketika merancang menu...so, take a peep yeah...(:

1) Perancangan Menu.

;) Definisi :-

  •  Satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian.


;) Tujuan Merancang Menu :-

  • Menyediakan sajian yang diperlukan.
  • Menjimatkan bahan,masa dan tenaga.
  • Menyediakan sajian yang  menepati anggaran belanjawan.



Contoh Menu

:3 Pagi :-  sandwich, nasi lemak, susu segar.




:3 Minum Pagi/ Petang :-                                    
Kek pisang, karipap, air teh/ kopi.


:3 Makan Tengah hari/ Malam :-
   Nasi minyak. acar timun, jus tembikai




Faktor Penentu Menu :-
  • Tujuan Sajian - Tentukan majlis formal atau tidak formal
  • Kegemaran - Kenalpasti sajian atau makanan yang digemari. 
  • Kepelbagaian - Hidangan haruslan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan, warna serta rasa. 
  • Sumber Tenaga Dan Masa - Makanan dapat disiapkan dan dihidangkan mengikut masa yang di rancang.
  • Perbelanjaan - Menu haruslah berdasarkan peruntukkan yang disediakan. Bilangan tetamu - bilangan tetamu haruslah diketahui terlebih dahulu untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran makanan.

Selain itu, antara faktor penting yang perlu di pertimbangkan dalam perancangan menu ialah keseimbangan nutrien. Untuk memperoleh kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai kandungan nutrien yang cukup dengan kadar yang sesuai. Semua menu yang dihidang haruslah mengandungi jenis nutrient yang berikut:-


  • Karbohidrat. 
  • Protein. 
  • Garam Mineral. 
  • Lemak. 
  • Vitamin.      






Tinta Mutiara
~Lebih Baik menyalakan lilin, daripada menyumpah kepada kegelapan~