Music Bank

About Me

My photo
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Wednesday 16 May 2012

Jom Belajar Etika Makan yang Betul~ ^^


Etika Makan.

Definisi:-
=> Merupakan peraturan atau tatacara yang baik atau adab sopan dan perlu diamalkan dimeja makan.


Adab Sopan yang perlu diamalkan dimeja makan:-

- Duduk dengan tegak ketika berada di meja makan.
- Siku mesti dirapatkan ke badan dan JANGAN letak di atas meja.
- Kaki harus dirapatkan.
- Napkin meja dibuka dan diletakkan diatas riba.
- Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum mula makan
- Mengambil makanan yang berdekatan dahulu.
- Jangan buka mulut semasa mengunyah makanan.
- Ambil makanan dengan cermat supaya tidak membazir
- Selepas makan, rapatkan  kulteri dan letakkan di atas pinggan.
- Mengacau minuman dengan perlahan. Tinggalkan sudunya di piring sebelum minum.
- Beredar bersama-sama dari meja selepas makan. Minta izin sekiranya perlu  meninggalkan meja makan lebih awal.


Di Malaysia, kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, setiap kaum mempunyai etka makan yang berbeza. Secara amnya, dinegara kita terdapat 4 jenis etika makan iaitu:-

:O Etika makan cara Melayu
:O Etika makan cara Cina
:O Etika makan cara India
:O Etika makan cara Barat


Etika makan cara Melayu:-
:l Duduk bersimpuh atau bersila.
:l Sebelum dan selepas makan haruslah mencuci tangan menggunakan kendi air
:l Membaca doa sebelum makan.
:l Menyuap makanan menggunakan hujung jari.
:l Mengambil lauk menggunakan tangan kiri.

Etika makan cara Cina:-
:l Mengambil lauk pauk menggunakan penyepit.
:l Nasi diisi kedalam mangkuk dan disuap kedalam mulut menggunakan penyepit.
:l Guna sudu untuk mengambil sup.
:l Sisa makanan diletak di tepi piring layan.


Etika makan cara India :-

:] Basuh tangan sebelum dan selepas makan menggunakan kendi air.
:] Daun pisang digunakan bagi menggantikan pinggan.
:] Lauk pauk dihidangkn menggunakan daun pisang.
:] Gunakan hujung jari untuk mengambil makanan.


Etika makan cara Barat :-

:] Pisau dan garfu digunakan untuk mekan dan mengambil makanan.
:] Tangan kanan memegang pisau manakala tangan kiri memegang garfu.
:] Selepas makan rapatkan pisau dan garfu dan letakkan ditepi pinggan.








Tinta Mutiara
~Tunjuk Menjadi Telaga Budi, Ajar Menjadi Penyuluh hati~

No comments:

Post a Comment